Etimologi[sunting | sunting sumber] Hubungan sejenis

Segmen rencana ini ini mungkin perlu ditulis semula sepenuhnya bagi memenuhi piawaian Wikipedia, memandangkan ia terlalu mengikut aspek kandungan asal yang bahasa Inggeris yang tidak relevan kepada laman ini yang menggunakan bahasa Melayu. Anda boleh membantu menyunting. Laman perbincangan mungkin mengandungi cadangan.

Kata homoseksual adalah hasil penggabungan awalan bahasa Yunani Kuno ὁμός homos, 'sama' (tidak terkait dengan kata bahasa Latin homo, 'manusia', seperti dalam Homo sapiens), sehingga dapat juga bererti tindakan seksual dan kasih sayang antara individu sama jantina , termasuk lesbianisme. Gay umumnya merujuk kepada homoseksual lelaki, tetapi dapat digunakan secara luas untuk merujuk kepada semua orang LGBT. Dalam konteks seksualiti, lesbian, hanya merujuk pada homoseksual perempuan. Kata "lesbian" berasal dari nama pulau Yunani Lesbos, di mana penyair Sapfo banyak kali menulis tentang hubungan perasaannya dengan wanita muda.

Banyak panduan penulisan moden di Amerika Syarikat menyarankan untuk tidak menggunakan kata homoseksual sebagai kata nama, tetapi menggunakan kata lelaki gay atau lesbian. Demikian pula, beberapa mencadangkan untuk sepenuhnya menghindari penggunaan kata homoseksual kerana memiliki sejarah yang buruk dan kerana kata tersebut hanya merujuk pada perilaku seksual seseorang (berlawanan dengan perasaan romantis) dan dengan demikian memiliki konotasi negatif. Gay dan lesbian adalah alternatif yang paling umum. Huruf pertama sering digabungkan untuk menciptakan 'LGBT' (terkadang ditulis sebagai GLBT), di mana B dan T mengacu pada orang dwiseks (biseksual) dan transgender.

Kemunculan istilah homoseksual pertama kali ditemukan pada tahun 1869 dalam sebuah risalah Jerman tulisan novelis kelahiran Austria Karl-Maria Kertbeny yang diterbitkan secara awanama, berisi perdebatan melawan undang-undang antisodomi Prusia. Pada tahun 1879, Gustav Jager menggunakan istilah Kertbeny dalam bukunya, Die Entdeckung der Seele (1880). Pada tahun 1886, Richard von Krafft-Ebing menggunakan istilah homoseksual dan heteroseksual dalam bukunya Psychopathia Sexualis; ia mungkin meminjamnya dari buku Jager. Buku Krafft-Ebing begitu terkenal dalam kalangan baik orang awam serta kedoktoran sehingga istilah "heteroseksual" dan "homoseksual" menjadi istilah yang paling luas diterima untuk orientasi seksual. Dengan demikian, penggunaan istilah tersebut berakar dari tradisi taksonomi keperibadian abad ke-19 yang lebih luas.

Meskipun penulis awal juga menggunakan kata adjektif homoseksual untuk merujuk pada konteks sesama jenis (seperti sekolah khusus perempuan), sekarang istilah ini digunakan secara eksklusif dalam rujukan untuk daya tarik seksual, aktiviti, dan orientasi. Istilah homososial sekarang digunakan untuk menggambarkan konteks sesama jenis yang tidak secara khusus bersifat seksual. Ada juga kata yang merujuk kepada cinta sesama jenis, homofilia.

Sinonim[sunting | sunting sumber]

Beberapa sinonim untuk ketertarikan atau aktiviti sesama jenis meliputi lelaki yang berhubungan seks dengan lelaki atau LSL (digunakan dalam kalangan para perubatan ketika secara khusus membahas aktiviti seksual) dan homoerotis (merujuk kepada karya seni). Istilah pejoratif dalam bahasa Inggris meliputi queer, faggot, fairy (pari-pari), poof dan homo. Dimulai pada 1990-an, beberapa kata pejoratif telah dijadikan kata-kata positif oleh lelaki gay dan lesbian, seperti dalam penggunaan istilah kajian queer, teori queer, dan bahkan program televisyen terkenal Amerika Queer Eye for the Straight Guy. Kata homo muncul dalam banyak bahasa lainnya tanpa konotasi penghinaan seperti dalam bahasa Inggris. Namun, seperti penghinaan etnik dan penghinaan kaum, penyalahgunaan istilah-istilah ini masih boleh menjadi sangat menyinggungkan, dan penggunaan yang dapat diterima tergantung pada konteks dan pembicara. Sebaliknya, gay, kata yang awalnya diambil oleh lelaki homoseksual dan wanita sebagai istilah positif afirmatif (seperti dalam pembebasan gay dan hak-hak gay), telah digunakan secara pejoratif dalam kalangan pemuda.